Di
Malaysia, kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara.
Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita
memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama
yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama,
berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sebagai rakyat
masyarakat Malaysia seharusnya percaya bahawa tidak mampu hidup dalam sebuah
negara yang berpegang kepada nilai yang jauh berbeza daripada pegangan majoriti
rakyatnya lantas menerima nilai-nilai yang diperkenalkan.
Begitu
juga dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Nilai-nilai agama mereka juga
turut sama memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia.
Agama Buddha, Hindu, Kristian dan agama-agama bagi kaum minoriti lain bebas
diamalkan di negara ini sehingga membolehkan setiap masyarakat di bawah ajaran
agama itu mengamalkannya. Oleh itu, sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan
terlalu mementingkan diri seharusnya dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme
yang bertunjangkan keadilan untuk semua. Kalau pun menghadapi masalah, semua
pihak harus memilih perundingan dan musyawarah dalam menyelesaikan sebarang
masalah. Memilih jalan pemberontakan, melakukan keganasan dan bertindak di luar
batas-batas kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan sama sekali
bagi menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan Negara.
Kegagalan
masyarakat dalam mewujudkan keharmonian telah mewujudkan konflik yang pada
akhirnya membawa kepada krisis kemanusiaan. Pada hari ini, banyak contoh-contoh
yang terdapat di hadapan kita di mana nilai-nilai keagamaan diketepikan demi
memenuhi agenda politik dan kekuasaan semata-mata. Melihat kepada contoh-contoh
yang ada di hadapan kita, semua agama, Islam, Buddha, Hindu dan Kristian
mengalami keadaan di mana ianya diheret dalam kancah konflik sedangkan semua
agama ini menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia. Keadaan
ini berlaku kerana opportunist yang melampau atau extreme dalam sesebuah
masyarakat ini akan mengambil kesempatan daripada sesuatu yang amat sensitif
kepada manusia iaitu nilai agama mereka bagi mencetuskan kekecohan demi sesuatu
kepentingan yang tersembunyi. Agenda mereka mungkin penguasaan politik atua pemerintahan,
ekonomi atau kawasan (territorial).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar